Wednesday, 2 January 2013

LOTUS

kenapa teratai, hidupnya dalam lumpur?


letaklah kau di kawasan berlumpur, 
pasti tidak dihiraukan lumpurnya pabila kau menjelma, 
kerna sesungguhnya,
kaulah penyeri suasana,
kaulah pembakar semangat kepada semua, 
asal usulmu bukan halangan untuk kau berjaya,
berkembang mekar mahupun dalam lumpur, 
sesungguhnya,
kau adalah teratai aku adalah lumpur
dimana kau mampu mengubah sesuatu yg keruh menjadi yg jernih...

Monday, 19 November 2012

Selamatkan Gaza





kering air mata melebihi dahaga,
menatap wajah sang keluarga,
rebah tak bermaya tidak cukup anggota,
dek penangan si celaka!

pabila manusia menjadi tuhan, 
nafas si lemah dalam genggaman,
pabila kuasa menjadi ukuran,
lenyaplah di bumi ini perikemanusiaan.

tatkala kita diulit mimpi,
mereka hadap bedilan peluru bertubi tubi,
tatkala disini peperangan parti,
disana mereka memerangi yahudi,
untuk kita wang dihati,
dihati mereka cuma kehidupan esok hari.

jangan dibangga kau dengan dunia,
satu hari kau pasti sengsara,
kau punya berbillion senjata, 
kami punya doa dari satu semesta.

selamatkanlah Gaza dari keganasan,
bukan Yahudi yg menjatuhkan hukuman...

Sunday, 4 November 2012

Awek Psychedelic

setiap malam ku lihat ke bintang
rasa sayu gundah gulana semuanya datang
jangan kau risau, jangan kau bimbang
walaupun aku jauh, kesetiaanku tidak pernah goyang
dan bila tiba waktunya sayang
seperti burung terbang pulang petang
tunggulah aku, aku akan datang

Friday, 5 October 2012

Pengakuan

maaf, kerna ku tak bisa berada disampingmu selamanya, mungkin bukan ku orangnya yg bisa menolong kau mencapai impian kau seperti apa yg ku bilang sebelum ini. mungkin. namun, ku hanya ingin kau tahu, bahwasanya hati ini kau yg punya. ada sebab mengapa ku begini. akan tetapi, maakan aku, kerna ku tak mampu beritahu apa sebabnya, kerna ku sudah berjanji sama dia. tidak perlu risau lagi kau pada aku, kau sekarang sudah ada yg punya, sudah ada yg jaga, sudah punya senyuman, bahagia sudah datang semula, teruskan begini ya. 


ku hanya bilang sekali sahaja di sini..
" aku cinta padamu "

takecare ^..^

Friday, 28 September 2012

Bisa

baru ku tahu apa itu bisa,
pabila melihat kau dan dia luar biasa,
segala impianku seolah sudah binasa,
perlahan hatiku reput ditelani masa,
kerna cinta kau berdua amat berkuasa,
tidak mampu ku tanding dia yg perkasa,
sesungguhnya ku hanya manusia biasa...

Only You

just want you to know that...
square has four ends,
triangle has three ends,
a line has two ends, 
our life has only one end,
but my love to you would never end . . .

Tuesday, 18 September 2012

Ruang RIndu

haku,
terdetik kenangan lalu,
antara kau dan aku,
dimana segalanya berlagu,
tidak kira tempat dan waktu,
haku
rindu kau yg dahulu,
tidak pernah lekang menemaniku,
sentiasa berada disisiku,
oh sangat indah saat itu,
kini ku,
dapati semuanya berlalu,
setelah kedatangan bekas kekasihmu,
lenyap segala dalam bayu, 
yg tinggal hanya pilu...


Sunday, 16 September 2012

Midnight

i ask the rain in the night,
why is it is so hard for you,
to realize that i can love you more?
i've done so much i could,
so feel me please oh no you would,

behind the curtain of lights,
i clutch your hands between mine,
just feel my warmth and promise you'll be fine,
come run with me through the night,
so dont you look back anymore,

stay with me in my arms, 
i'll wipe down your tears, 
close your eyes and hold me tight,
i'll cast away your fears..

Friday, 31 August 2012

31 Ogos

tarikh kemerdekaan negara kita, negara Malaysia. ada kisah yg akan ku sentiasa favouritekan moments yg terhasil pada harini. semenjak dua menjak ni, ku banyak habiskan masa bersamanya. apa yg ku ingin katakan kali ni bahawasanya aku amat gembira harini! boleh tak kalau apa yg berlaku harini, berulang semula pada esok hari dan hari hari seterusnya? hmmm. hanya ucapan terima kasih yg mampu ku beri padanya, kerna memberi ku peluang utk bersama dengannya dan yg lain lain pada harini. kalau ada perkataan yg lebih baik dari gembira, akan ku gunakan perkataan tu untuk menggambarkan suasana harini.
namun langit tidak selalu biru, laut tidak selalunya tenang, segala pelangi yg mewarnai harini kian samar samar, semakin lama semakin jauh, bila tibanya di penghujung hari. sebelum berpisah, ku cuba elakkan bertentang mata bersamanya, ku cuba kurangkan berbalas suara dengannya. dalam kereta, ku hanya mampu diam sambil penglihatanku merenung jauh ke hadapan umpama tiada penghujung. tidak mampu ku toleh padanya tika dia keluar dari kereta, tidak mampu ku lambai padanya, kerna apa, kerna ku tidak mahu dia lihat keadaan ku pada waktu itu, dari awal lagi, mataku mula berkaca, fikiran bercelaru memikirkan perkara yg belum tentu lagi wujudnya di masa akan datang. adakah dia masih ingat lagi akan diriku pabila pulang semula ke tanah air nanti?


jika kau membaca ini, padamu ku sampaikan terima kasih, jika kau membaca ini, padamu rinduku ini dituju, dan jika kau membaca ini, padamu hatiku ini dipindah milik...

Thursday, 23 August 2012

My Other Half

sekali lagi, tiada peneman jiwa pada sambutan raya kali ini, hanya mampu bergambar, ditemani tumbuhan yg menghiasi halaman teratakku. dan tidak mustahil berterusan sehingga tarikh ulang tahun ku? mahupun raya akan datang? pedulikan. di sini ingin mengatakan, bahawa warkah yg ku tulis selama ni, bagai melepas batuk di tangga. kenapa? kerana ku tak mampu untuk hidup tanpanya, ku seperti bangkai bernyawa, jasadku masih jejak di bumi namun roh ku berlegar legar di ruang angkasa mencari segala berita tentangnya. dan ku telah berhubung dengannya semula. pada awalnya, walaupun, tidak bertentang mata, ku tahu dia marah kepadaku, mungkin. akan tetapi, lama kelamaan, ku merasakan, mimpi itu realiti, kerna ku merasakan, kami kembali rapat. aku seolah olah bingung, adakah mimpi ini realiti, atau ini sekadar mimpi, namun ku tahu ku masih hidup dalam dunia yg nyata, mungkin hanya mainan perasaanku.
aku pendek, kau tinggi
aku gelap, kau cerah
aku malas, kau rajin
aku tembam, kau kurus
akan tetapi
mungkin
ada satu persamaan
aku ada separuh hati 
separuh lagi kau simpan 


tak kira apa pun perasaannya terhadapku, ku ta mampu menipu diri sendiri bahawa aku tidak mampu hidup tanpa dia..



Nostalgia

Salam Aidilfitri. tahun ni, ku beraya ala kadar sahaja, tidak seperti raya yg sudah, memandangkan kehilangan arwah masih segar lagi di minda. terasa sangat ketiadaannya, tiada lagi akan kedengaran bunyi bersin di subuh hari. tiada lagi kedengaran suruhan suruhannya di pagi raya, tiada.. hanya bunyi burung sahaja yg memecah keheningan pagi. tanpa ketua keluarga, upacara bermaaf maafan umpama tak sempurna. tanpa beliau, makan umpama tiada selera. pilu mula menyelubungi diri, pabila di pusara. sesungguhnya segala amal dan doa dari anak anak yg soleh serta solehah sahaja yg membantunya, moga ku dikalangan anak anak yg soleh, amin...


Al-Fatihah

Tuesday, 14 August 2012

Mimpi Jadi Saksinya

semalam ku bermimpi lagi akan dia, dan sememangnya sejak kebelakangan ini, ku yg asalnya sukar untuk bermimpi, sering mengalaminya, lagi lagi di bulan ramadhan al mubarak ini, mainan tidur mungkin, atau kebetulan? ahh, hanya imaginasi ku sahaja ini, mungkin, ku terlampau merinduinya, sehingga terbawa bawa ke alam fantasi. hmmm, berhari sudah ku tidak mendengar segala rintihannya, ku harap dia sihat sihat selalu di sana. maklumlah, sejak mula mengenalinya, tidak pernah lekang dari sebarang sakit sakit, pasti ada, pasti ada sakit yg hinggap pada dirinya. tiada lagi kedengaran kisah kisah mencuit hati, gosip gosip panas yg selama ini menjadi ubat tidurku. seperti tidak sempurna hari itu tanpa mendengar lawak jenakanya yg selamber. dan yg paling ku tidak mampu lupakan, suaranya, gelak tawanya, huruf R nya, yg sering buat ku tersengih sengih seorang diri. hanya mampu kutemu semua itu, dalam mimpi...

Kering air mataku mengingat tentangmu
Tentang kita yang tak jodoh
Dulu pernah bermimpi saling memiliki
Nyatanya pun tak kesampaian
Rela relakanlah masa itu
Biarkanlah jadi masa lalu
Kenang diriku selalu di hatimu
Selalu di jiwamu, simpan di memorimu
Ku nanti dirimu bila malam pun tiba
Cukup kita yang tahu, mimpi jadi saksinya
Kering air mataku mengingat tentangmu
Tentang kita yang tak jodoh
Mimpi jadi saksinya

Wednesday, 1 August 2012

Warkah


wahai sang puteri saljuku sayang,
disaat kau membaca warkah ini mungkin ku tidak lagi berada di dalam hidupmu,
maafkan daku,
ku tidak sanggup melihat hati yg ku impikan selama ini, 
menjadi hak milik orang lain,
ye memang aku lemah dimatamu, 
tapi kau harus tahu cintaku padamu yg menyalakan hidupku,
dan aku bukan lari meninggalkanmu,
tapi aku membawa segala cinta yg ada sekali bersamaku,
sesungguhnya hanya ingin kau tahu,
bahawa aku mencintai kamu sehingga nafas terakhirku,
akan tetapi,
seindah bulan pelangi melintang,
hanya pandangan tidak sesekali digenggam,  
mungkin ku hanya layak mencintai kamu,
namun tidak mampu memilikinya...


Tuesday, 31 July 2012

Belon

hye! guess what, semalam lepas sahur, aku gerak dari JB ke KL pada pukul 9.30 pagi, dan sampai semula di JB, pada pukul 3.30 petang, ponat dennn. tapi tapi, tak mahu lah dihebohkan pasal itu, sebenarnya ku mahu bilang, semalam aku berbuka ngan si sang puteri salju :p

segala penat dan lelah, keringat yg ada, umpama ditiup angin lintang, setelah meratapi wajahnya. sunggah indahnya, wahai dikau sang puteri. seolah olah diriku seperti dicas semula setelah mendengar suaranya yg lemah akibat berpuasa, melihat hitam matanya yg sangat lah besar bagaikan mata sang kucing. ku menikmati segala masa yg ada, segala hidangan yg di depan mata, di bawah sinaran bulan purnama malam, perfect!

namun, ku tahu, ku tidak patut terlampau yakin, kerana ku tahu, dia masih teringatkan kepada bekas kekasihnya, dan tidak mustahil, akan kembali ke gagang suatu hari nanti. susah untuk dia melupakan jejaka yg sudah memenuhi ruang hidupnya selama 3 tahun yg sudah, susah untuk dia berkata selamat tinggal kepada jejaka yg dia ingin menikmati setiap minit bersamanya, susah untuk dia menerima daku yg bagai langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan bekas kekasihnya itu.


suka bercampur baur duka, boleh diperkatakan seperti meniup belon, angin yg memenuhi ruang dianggap sebagai perasaan suka, dan getah belon sebagai dinding hati kita, tiupan demi tiupan belon semakin besar, dan pecah, dalam pada waktu yg sama kita bergembira, diam diam hati ini menyimpan segala duka yg ada, dan gembira yg berlebihan, bisa membuatkan getah belon tidak mampu menampung segala perasaan yg ada, dan pecah. gembira selama ini, hilang lesap meresapi dalam angin, yg tinggal, hanya cebisan cebisan duka. itu yg ku rasa...


Saturday, 28 July 2012

Hanya Kamu

aku lemah tanpa kamu,
aku rindui mu selalu,
setiap masa yg berlalu,
ku hanya ingat kamu

senyumanmu dihatiku
raut wajahmu dibayanganku
segalanya kamu

kau
bisa menerangkan
hidupku yg kian malap
yg memberikan ku cahaya

kau
bisa menceriakan
hidupku yg kian senyap
yg memberikan ku bahagia

hanya kamu, hanya kamu

tak dapat ku lupakan
saat yg dipanggil kenangan
pasti selalu ku bayangkan
sepanjang zaman
hanya kamu....



awak awak, sy rindu awak, awak rasa macam tu jugak tak?




Tika Suka Dibayangi Luka

istilah dunia dihujung jari, tekan sana tekan sini, semua senang dicari. bosan memenuhi tubuh badanku semalam, justeru dengan sengaja bersiar siar di dunia jalur lebar tanpa batasan ini, cari punya cari, ku jumpa satu blog. hatiku berdegup deras, diikuti perasaan yg was was, adakah ini blog kepunyaan sang puteri salju ku? 
ku lihat blog ini telah lama ditinggalkan, ku membersihkan sawang sawang, dan mula ku menelaah satu persatu, tanpa meninggalkan sebarang koma dan noktah sekalipun. dan benarlah ini adalah coretan suka dan duka si sang puteri salju.
ku menghayati segala coretan yg ada, dari awal hingga akhir. senyuman mula terukir, setelah mendapati riang ria ceria nya tidak pernah ditelan zaman. ku tidak berhenti membaca dan teruskan ke halaman seterusnya sehingga... ku melihat kenangan dia bersama si pengerang jantungnya iaitu bekas kekasihnya. bagai pinang dibelah dua, secocok sepadan melihat mereka bersama, pabila suka sama suka, segalanya indah belaka. 
secara tidak langsung, badanku mula menghasilkan racun, racun yg tiada penawar, iaitu cemburu buta. ahhh mengapa ini berlaku, ku tidak sepatutnya terasa begini, kerna ku tahu ku tidak layak menerima cintanya yg agung. 


sekali lagi, adakah aku bersalah? , mengganggu kehidupan orang lain? ku tidak pinta semua ini berlaku, ianya datang dengan sendirinya, kerna cinta itu datang dengan sendirinya, bukan perlu dicari, itulah maksud disebalik jatuh cinta. 

Tuesday, 10 July 2012

Tears Of A Song


secebis cinta

ku tidakkan berdaya,
untuk melafazkan kata kata, 
madah pujangga,
ku tau kau milik orang,

ku tidakkan terasa,
atas apa yg tlah berlaku,
sesungguhnya,
atas apa yg kau impikan.

ku tidakkan terluka,
dengan keputusan mu jua,
kerna itulah,
permainan dunia kala

ku sedia merobek dinding hatiku,
ku sedia melupakan kisah dahulu,
ku akan terima lambaian tanganmu,
hanya kerna ku ingin lihat kau gembira.

ini semua hanya sementara,
pasti ku dapat terima, 
tak perlu ragu ku sudah selalu,
melalui ranjau berlantaikan duri.

jangan disiakan niat suciku,
biarkan kau disisi kekasihmu,

namun ku ingin kau tahu,
langit tidak selalu biru, 
jika dia lukai hatimu,
ku ada disini selalu.

dan andai ini berlaku,
ku harap bermula kisah baru,
secebis cinta antara kau dan aku,
cukup melahirkan mahligai syahdu...


tidak perlu rakaman tidak perlu video cukuplah dinyanyikan oleh suara hatiku yg pilu...