istilah dunia dihujung jari, tekan sana tekan sini, semua senang dicari. bosan memenuhi tubuh badanku semalam, justeru dengan sengaja bersiar siar di dunia jalur lebar tanpa batasan ini, cari punya cari, ku jumpa satu blog. hatiku berdegup deras, diikuti perasaan yg was was, adakah ini blog kepunyaan sang puteri salju ku?
ku lihat blog ini telah lama ditinggalkan, ku membersihkan sawang sawang, dan mula ku menelaah satu persatu, tanpa meninggalkan sebarang koma dan noktah sekalipun. dan benarlah ini adalah coretan suka dan duka si sang puteri salju.
ku menghayati segala coretan yg ada, dari awal hingga akhir. senyuman mula terukir, setelah mendapati riang ria ceria nya tidak pernah ditelan zaman. ku tidak berhenti membaca dan teruskan ke halaman seterusnya sehingga... ku melihat kenangan dia bersama si pengerang jantungnya iaitu bekas kekasihnya. bagai pinang dibelah dua, secocok sepadan melihat mereka bersama, pabila suka sama suka, segalanya indah belaka.
secara tidak langsung, badanku mula menghasilkan racun, racun yg tiada penawar, iaitu cemburu buta. ahhh mengapa ini berlaku, ku tidak sepatutnya terasa begini, kerna ku tahu ku tidak layak menerima cintanya yg agung.
sekali lagi, adakah aku bersalah? , mengganggu kehidupan orang lain? ku tidak pinta semua ini berlaku, ianya datang dengan sendirinya, kerna cinta itu datang dengan sendirinya, bukan perlu dicari, itulah maksud disebalik jatuh cinta.

No comments:
Post a Comment