sekali lagi, tiada peneman jiwa pada sambutan raya kali ini, hanya mampu bergambar, ditemani tumbuhan yg menghiasi halaman teratakku. dan tidak mustahil berterusan sehingga tarikh ulang tahun ku? mahupun raya akan datang? pedulikan. di sini ingin mengatakan, bahawa warkah yg ku tulis selama ni, bagai melepas batuk di tangga. kenapa? kerana ku tak mampu untuk hidup tanpanya, ku seperti bangkai bernyawa, jasadku masih jejak di bumi namun roh ku berlegar legar di ruang angkasa mencari segala berita tentangnya. dan ku telah berhubung dengannya semula. pada awalnya, walaupun, tidak bertentang mata, ku tahu dia marah kepadaku, mungkin. akan tetapi, lama kelamaan, ku merasakan, mimpi itu realiti, kerna ku merasakan, kami kembali rapat. aku seolah olah bingung, adakah mimpi ini realiti, atau ini sekadar mimpi, namun ku tahu ku masih hidup dalam dunia yg nyata, mungkin hanya mainan perasaanku.
aku pendek, kau tinggi
aku gelap, kau cerah
aku malas, kau rajin
aku tembam, kau kurus
akan tetapi
mungkin
ada satu persamaan
aku ada separuh hati
separuh lagi kau simpan
tak kira apa pun perasaannya terhadapku, ku ta mampu menipu diri sendiri bahawa aku tidak mampu hidup tanpa dia..
No comments:
Post a Comment