Friday, 31 August 2012

31 Ogos

tarikh kemerdekaan negara kita, negara Malaysia. ada kisah yg akan ku sentiasa favouritekan moments yg terhasil pada harini. semenjak dua menjak ni, ku banyak habiskan masa bersamanya. apa yg ku ingin katakan kali ni bahawasanya aku amat gembira harini! boleh tak kalau apa yg berlaku harini, berulang semula pada esok hari dan hari hari seterusnya? hmmm. hanya ucapan terima kasih yg mampu ku beri padanya, kerna memberi ku peluang utk bersama dengannya dan yg lain lain pada harini. kalau ada perkataan yg lebih baik dari gembira, akan ku gunakan perkataan tu untuk menggambarkan suasana harini.
namun langit tidak selalu biru, laut tidak selalunya tenang, segala pelangi yg mewarnai harini kian samar samar, semakin lama semakin jauh, bila tibanya di penghujung hari. sebelum berpisah, ku cuba elakkan bertentang mata bersamanya, ku cuba kurangkan berbalas suara dengannya. dalam kereta, ku hanya mampu diam sambil penglihatanku merenung jauh ke hadapan umpama tiada penghujung. tidak mampu ku toleh padanya tika dia keluar dari kereta, tidak mampu ku lambai padanya, kerna apa, kerna ku tidak mahu dia lihat keadaan ku pada waktu itu, dari awal lagi, mataku mula berkaca, fikiran bercelaru memikirkan perkara yg belum tentu lagi wujudnya di masa akan datang. adakah dia masih ingat lagi akan diriku pabila pulang semula ke tanah air nanti?


jika kau membaca ini, padamu ku sampaikan terima kasih, jika kau membaca ini, padamu rinduku ini dituju, dan jika kau membaca ini, padamu hatiku ini dipindah milik...

Thursday, 23 August 2012

My Other Half

sekali lagi, tiada peneman jiwa pada sambutan raya kali ini, hanya mampu bergambar, ditemani tumbuhan yg menghiasi halaman teratakku. dan tidak mustahil berterusan sehingga tarikh ulang tahun ku? mahupun raya akan datang? pedulikan. di sini ingin mengatakan, bahawa warkah yg ku tulis selama ni, bagai melepas batuk di tangga. kenapa? kerana ku tak mampu untuk hidup tanpanya, ku seperti bangkai bernyawa, jasadku masih jejak di bumi namun roh ku berlegar legar di ruang angkasa mencari segala berita tentangnya. dan ku telah berhubung dengannya semula. pada awalnya, walaupun, tidak bertentang mata, ku tahu dia marah kepadaku, mungkin. akan tetapi, lama kelamaan, ku merasakan, mimpi itu realiti, kerna ku merasakan, kami kembali rapat. aku seolah olah bingung, adakah mimpi ini realiti, atau ini sekadar mimpi, namun ku tahu ku masih hidup dalam dunia yg nyata, mungkin hanya mainan perasaanku.
aku pendek, kau tinggi
aku gelap, kau cerah
aku malas, kau rajin
aku tembam, kau kurus
akan tetapi
mungkin
ada satu persamaan
aku ada separuh hati 
separuh lagi kau simpan 


tak kira apa pun perasaannya terhadapku, ku ta mampu menipu diri sendiri bahawa aku tidak mampu hidup tanpa dia..



Nostalgia

Salam Aidilfitri. tahun ni, ku beraya ala kadar sahaja, tidak seperti raya yg sudah, memandangkan kehilangan arwah masih segar lagi di minda. terasa sangat ketiadaannya, tiada lagi akan kedengaran bunyi bersin di subuh hari. tiada lagi kedengaran suruhan suruhannya di pagi raya, tiada.. hanya bunyi burung sahaja yg memecah keheningan pagi. tanpa ketua keluarga, upacara bermaaf maafan umpama tak sempurna. tanpa beliau, makan umpama tiada selera. pilu mula menyelubungi diri, pabila di pusara. sesungguhnya segala amal dan doa dari anak anak yg soleh serta solehah sahaja yg membantunya, moga ku dikalangan anak anak yg soleh, amin...


Al-Fatihah

Tuesday, 14 August 2012

Mimpi Jadi Saksinya

semalam ku bermimpi lagi akan dia, dan sememangnya sejak kebelakangan ini, ku yg asalnya sukar untuk bermimpi, sering mengalaminya, lagi lagi di bulan ramadhan al mubarak ini, mainan tidur mungkin, atau kebetulan? ahh, hanya imaginasi ku sahaja ini, mungkin, ku terlampau merinduinya, sehingga terbawa bawa ke alam fantasi. hmmm, berhari sudah ku tidak mendengar segala rintihannya, ku harap dia sihat sihat selalu di sana. maklumlah, sejak mula mengenalinya, tidak pernah lekang dari sebarang sakit sakit, pasti ada, pasti ada sakit yg hinggap pada dirinya. tiada lagi kedengaran kisah kisah mencuit hati, gosip gosip panas yg selama ini menjadi ubat tidurku. seperti tidak sempurna hari itu tanpa mendengar lawak jenakanya yg selamber. dan yg paling ku tidak mampu lupakan, suaranya, gelak tawanya, huruf R nya, yg sering buat ku tersengih sengih seorang diri. hanya mampu kutemu semua itu, dalam mimpi...

Kering air mataku mengingat tentangmu
Tentang kita yang tak jodoh
Dulu pernah bermimpi saling memiliki
Nyatanya pun tak kesampaian
Rela relakanlah masa itu
Biarkanlah jadi masa lalu
Kenang diriku selalu di hatimu
Selalu di jiwamu, simpan di memorimu
Ku nanti dirimu bila malam pun tiba
Cukup kita yang tahu, mimpi jadi saksinya
Kering air mataku mengingat tentangmu
Tentang kita yang tak jodoh
Mimpi jadi saksinya

Wednesday, 1 August 2012

Warkah


wahai sang puteri saljuku sayang,
disaat kau membaca warkah ini mungkin ku tidak lagi berada di dalam hidupmu,
maafkan daku,
ku tidak sanggup melihat hati yg ku impikan selama ini, 
menjadi hak milik orang lain,
ye memang aku lemah dimatamu, 
tapi kau harus tahu cintaku padamu yg menyalakan hidupku,
dan aku bukan lari meninggalkanmu,
tapi aku membawa segala cinta yg ada sekali bersamaku,
sesungguhnya hanya ingin kau tahu,
bahawa aku mencintai kamu sehingga nafas terakhirku,
akan tetapi,
seindah bulan pelangi melintang,
hanya pandangan tidak sesekali digenggam,  
mungkin ku hanya layak mencintai kamu,
namun tidak mampu memilikinya...