Friday, 31 August 2012

31 Ogos

tarikh kemerdekaan negara kita, negara Malaysia. ada kisah yg akan ku sentiasa favouritekan moments yg terhasil pada harini. semenjak dua menjak ni, ku banyak habiskan masa bersamanya. apa yg ku ingin katakan kali ni bahawasanya aku amat gembira harini! boleh tak kalau apa yg berlaku harini, berulang semula pada esok hari dan hari hari seterusnya? hmmm. hanya ucapan terima kasih yg mampu ku beri padanya, kerna memberi ku peluang utk bersama dengannya dan yg lain lain pada harini. kalau ada perkataan yg lebih baik dari gembira, akan ku gunakan perkataan tu untuk menggambarkan suasana harini.
namun langit tidak selalu biru, laut tidak selalunya tenang, segala pelangi yg mewarnai harini kian samar samar, semakin lama semakin jauh, bila tibanya di penghujung hari. sebelum berpisah, ku cuba elakkan bertentang mata bersamanya, ku cuba kurangkan berbalas suara dengannya. dalam kereta, ku hanya mampu diam sambil penglihatanku merenung jauh ke hadapan umpama tiada penghujung. tidak mampu ku toleh padanya tika dia keluar dari kereta, tidak mampu ku lambai padanya, kerna apa, kerna ku tidak mahu dia lihat keadaan ku pada waktu itu, dari awal lagi, mataku mula berkaca, fikiran bercelaru memikirkan perkara yg belum tentu lagi wujudnya di masa akan datang. adakah dia masih ingat lagi akan diriku pabila pulang semula ke tanah air nanti?


jika kau membaca ini, padamu ku sampaikan terima kasih, jika kau membaca ini, padamu rinduku ini dituju, dan jika kau membaca ini, padamu hatiku ini dipindah milik...

No comments:

Post a Comment