Tuesday, 31 July 2012

Belon

hye! guess what, semalam lepas sahur, aku gerak dari JB ke KL pada pukul 9.30 pagi, dan sampai semula di JB, pada pukul 3.30 petang, ponat dennn. tapi tapi, tak mahu lah dihebohkan pasal itu, sebenarnya ku mahu bilang, semalam aku berbuka ngan si sang puteri salju :p

segala penat dan lelah, keringat yg ada, umpama ditiup angin lintang, setelah meratapi wajahnya. sunggah indahnya, wahai dikau sang puteri. seolah olah diriku seperti dicas semula setelah mendengar suaranya yg lemah akibat berpuasa, melihat hitam matanya yg sangat lah besar bagaikan mata sang kucing. ku menikmati segala masa yg ada, segala hidangan yg di depan mata, di bawah sinaran bulan purnama malam, perfect!

namun, ku tahu, ku tidak patut terlampau yakin, kerana ku tahu, dia masih teringatkan kepada bekas kekasihnya, dan tidak mustahil, akan kembali ke gagang suatu hari nanti. susah untuk dia melupakan jejaka yg sudah memenuhi ruang hidupnya selama 3 tahun yg sudah, susah untuk dia berkata selamat tinggal kepada jejaka yg dia ingin menikmati setiap minit bersamanya, susah untuk dia menerima daku yg bagai langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan bekas kekasihnya itu.


suka bercampur baur duka, boleh diperkatakan seperti meniup belon, angin yg memenuhi ruang dianggap sebagai perasaan suka, dan getah belon sebagai dinding hati kita, tiupan demi tiupan belon semakin besar, dan pecah, dalam pada waktu yg sama kita bergembira, diam diam hati ini menyimpan segala duka yg ada, dan gembira yg berlebihan, bisa membuatkan getah belon tidak mampu menampung segala perasaan yg ada, dan pecah. gembira selama ini, hilang lesap meresapi dalam angin, yg tinggal, hanya cebisan cebisan duka. itu yg ku rasa...


Saturday, 28 July 2012

Hanya Kamu

aku lemah tanpa kamu,
aku rindui mu selalu,
setiap masa yg berlalu,
ku hanya ingat kamu

senyumanmu dihatiku
raut wajahmu dibayanganku
segalanya kamu

kau
bisa menerangkan
hidupku yg kian malap
yg memberikan ku cahaya

kau
bisa menceriakan
hidupku yg kian senyap
yg memberikan ku bahagia

hanya kamu, hanya kamu

tak dapat ku lupakan
saat yg dipanggil kenangan
pasti selalu ku bayangkan
sepanjang zaman
hanya kamu....



awak awak, sy rindu awak, awak rasa macam tu jugak tak?




Tika Suka Dibayangi Luka

istilah dunia dihujung jari, tekan sana tekan sini, semua senang dicari. bosan memenuhi tubuh badanku semalam, justeru dengan sengaja bersiar siar di dunia jalur lebar tanpa batasan ini, cari punya cari, ku jumpa satu blog. hatiku berdegup deras, diikuti perasaan yg was was, adakah ini blog kepunyaan sang puteri salju ku? 
ku lihat blog ini telah lama ditinggalkan, ku membersihkan sawang sawang, dan mula ku menelaah satu persatu, tanpa meninggalkan sebarang koma dan noktah sekalipun. dan benarlah ini adalah coretan suka dan duka si sang puteri salju.
ku menghayati segala coretan yg ada, dari awal hingga akhir. senyuman mula terukir, setelah mendapati riang ria ceria nya tidak pernah ditelan zaman. ku tidak berhenti membaca dan teruskan ke halaman seterusnya sehingga... ku melihat kenangan dia bersama si pengerang jantungnya iaitu bekas kekasihnya. bagai pinang dibelah dua, secocok sepadan melihat mereka bersama, pabila suka sama suka, segalanya indah belaka. 
secara tidak langsung, badanku mula menghasilkan racun, racun yg tiada penawar, iaitu cemburu buta. ahhh mengapa ini berlaku, ku tidak sepatutnya terasa begini, kerna ku tahu ku tidak layak menerima cintanya yg agung. 


sekali lagi, adakah aku bersalah? , mengganggu kehidupan orang lain? ku tidak pinta semua ini berlaku, ianya datang dengan sendirinya, kerna cinta itu datang dengan sendirinya, bukan perlu dicari, itulah maksud disebalik jatuh cinta. 

Tuesday, 10 July 2012

Tears Of A Song


secebis cinta

ku tidakkan berdaya,
untuk melafazkan kata kata, 
madah pujangga,
ku tau kau milik orang,

ku tidakkan terasa,
atas apa yg tlah berlaku,
sesungguhnya,
atas apa yg kau impikan.

ku tidakkan terluka,
dengan keputusan mu jua,
kerna itulah,
permainan dunia kala

ku sedia merobek dinding hatiku,
ku sedia melupakan kisah dahulu,
ku akan terima lambaian tanganmu,
hanya kerna ku ingin lihat kau gembira.

ini semua hanya sementara,
pasti ku dapat terima, 
tak perlu ragu ku sudah selalu,
melalui ranjau berlantaikan duri.

jangan disiakan niat suciku,
biarkan kau disisi kekasihmu,

namun ku ingin kau tahu,
langit tidak selalu biru, 
jika dia lukai hatimu,
ku ada disini selalu.

dan andai ini berlaku,
ku harap bermula kisah baru,
secebis cinta antara kau dan aku,
cukup melahirkan mahligai syahdu...


tidak perlu rakaman tidak perlu video cukuplah dinyanyikan oleh suara hatiku yg pilu...

Monday, 9 July 2012

Antara Naif dan Dongeng

di sini, ku ingin meneruskan menyambung semula coretan tentang kisah hidupku, sedutan dari kisah Secangkir Teh Karamel...
hari berganti hari, saling bertukar isi hati, antara aku dan teman sang puteri. lalu terdetik di hatinya, untuk menulis sedikit coretan, untuk tatapan daku, dan berkata, bahawa ini hanya nukilannya semata mata, tiada kena mengena sama ada yg hidup mahupun mati, tiada nama penerima, tiada khusus untuk sesiapa, hanya nukilan kosong. lalu nukilannya berkata...

kehadapan pemilik tulang rusuk kiriku,
apa khabar imanmu?
ku mengharap imanmu memenuhi ruang pelusuk hatimu sebelum kau menghadirkan aku di situ,
wahai bakal imamku,
sudilah aku menjadi makmummu, meneguhkan lagi tiang agamakau dan aku,
semoga kau mampu menjadi nakhoda melayari bahtera cinta kita membawa ke syurga,
wahai pemilik zahir dan batinku,
ku berharap menjadi pendamping mu yg solehah agar di syurga kelak, cukup aku yg menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yg soleh,
ku berharap tanganmu mampu menyambutku tatkala ku terjatuh, tatkala ku rapuh,
wahai bapa kepada anak anakku, 
jika kelak telah lahir generasi penerus dari cinta kita, bantu aku bersama untuk mendidik dengan harta yg halal, ilmu yg bermanfaat dan akhlak yg mulia,
ku nantikan saat ijab terlafaz dari bibirmu dengan melengkapkan diriku supaya suatu masa, bila kita bersatu, kau bangga memilikiku sebagai yg halal buatmu...
setia menunggu....


ku terpaku terkedu terkelu lidah menghayati setiap patah yg dilafazkannya, alangkah indah, jika ditujukan nukilan ini padaku, namun, ku tahu, ini adalah antara naif dan dongeng, sememangnya ku tidak layak menerima dia yg merupakan bidadari dunia....

Suatu Masa

M NASIR
 nama yg gah mencerminkan dirinya di persada dunia, seorang penyanyi, penerbit muzik, pencipta lagu dan lirik, penulis skrip dan lakon layar, dan pelukis. beliau diakui sebagai salah seorang permata tanah air,  nukilannya sentiasa menggemparkan, memberi kejutan demi kejutan. sentiasa menjadi idola, disematkan kisahnya di jiwa sekalian manusia. dan, ku tertarik pada satu hasilnya ini, cuba anda hayatinya...

*sila pausekan dahulu muzik latar page ini dibawah utk mendengar lagu ini
syahdu? tersentuh? atau tiada perasaan? terpulang pada cara anda mendengar dan menghayatinya, sama ada ia memberikan impak kepada fikiran anda, atau, pada hati anda yg suci itu. ramai yg meluahkan perasaannya, menceritakan kisah cintanya, melalui lagu, kerana lagu itu merupakan utusan, utusan yg berirama. bagi siapa yg mengikuti kisahku dari terbitnya penulisanku ini, nescaya mereka faham, kenapa dengan lagu ini? mengapa lagu ini menjadi pilihan? apa kisah disebalik lagu ini?
kenapa dengan lagu ini? lagu ini menyentuh jiwa dan ragaku, semakin ku dengarkan, semakin ku hayatikannya, semakin ia menusuk nusuk kalbuku, lagu ini bagaikan, semalu yg sentiasa bergerak balas terhadap ransangan, pantang disentuh, pasti tersentuh.
mengapa lagu ini menjadi pilihan? liriknya saling tak tumpah selari dengan apa yg ku lalui kini. dari lah awal, hingga ke akhirnya, semanis kurma sepahit hempedu, nukilan sang pencinta ini sememangnya satu karya yg tersohor.
apa kisah di sebalik lagu ini? menceritakan seorang jejaka, yg mengimpikan seorang permata, namun ternyata payah untuk melafazkannya. hanya mampu menyimpan perasaannya, berhenti di separuh jalan, hilang pertimbangan. namunnn, betapa cintanya pada sang permata, api cinta mula membakar dirinya, menarik semula apa yg telah ditolaknya, menyambung semula apa yg telah dimulakannya. dan percaya, suatu masa, separuh jiwanya akan datang kembali kepadanya, pabila dua mereka bersatu, tiada apa mampu memisahkannya.
mungkin bukan sekarang, mungkin bukan dalam masa terdekat, tapi pasti SUATU MASA, akan menjadi kenyataan...

Saturday, 7 July 2012

Bagai Mimpi Dalam Mimpi

bila kita menonton cerita cerita berkisahkan cinta, pernahkah anda semua terlintas di fikiran sejenak, dari sudut hati anda terbayang bahawa anda mengidamkan hidup seolah olah seperti dalam cerita berkenaan, pernahkah? ya aku pernah, aku selalu, dan aku rasa tidak malu untuk mengatakannya seperti :-

"god, i wish my life was a movie sometimes", kata Dylan dalam cerita Friends With Benefits.

dan sekarang cerita yg hangat diperkatakan yg menjadi perbualan yg menjadi ikutan adalah The Vow..



 sudahkah anda menontonnya? satu kisah benar tentang percintaan, dan sememangnya cerita ini membuat hatiku tersentuh jiwa dan raga, terguris hati yg lara. kenapa? kerana ada bahagian yg ku merasakan diriku berada seperti dalam kisah ini. 

" life's all about moments of impact, and how they changed our lives forever. but what if one day you could not longer remember any of them? "
adakah anda sentiasa berada pada kelajuan yg sekata dalam kehidupan anda? tidakkah pernah anda tanpa dipinta didatangi satu gelombang, dimana gelombang ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan hidup anda. dan jikalau perkara ini terjatuh pada anda, bagaimana cara anda untuk menangkis gelombang ini? rambut sama hitam hati lain lain ikut cara masing masing. 

" how do you look at the one you love and tell yourself it is time to walk away "
hmmmm, ayat ini setepek kena padaku, situasinya sama seperti ku, bolehkah anda, bagaimanakah anda melafazkan perkara sebegitu kepada separuh lagi diri anda? mampukah anda? seolah olah berada di tengah tengah jambatan gantung, disambut dengan ribut kencang petir melintang, adakah anda mahu patah balik, atau meneruskannya. mahu seribu daya tidak seribu dalih.

setiap hari setiap detik ku teringat padamu, ku merinduimu  seperti musim bunga rindukan pancaran matahari dikala musim sejuk, seperti siang rindukan malam, malam rindukan siang, hanya bertemu seketika di saat fajar menyinsing dan senja indah, rinduku padamu tidak pernah padam, seperti setianya matahari ke bumi...


i have nothing else to say,
for me you are perfect in every way,
my love for you will never delay,
as i will love you more each and everyday
i will never let go, never even a day,
hope that you will love me the way i love you one day...



A Seed Of Love

Beauty is your power and a smile is its sword, 
Heart is my kingdom and eyes would be my fortress,
 Nothing left when i started to open my eyes, 
To see you in front of me with the smile of joy.
To know you are the same as to touch a moon,
Far far away but always in my sight,
I know that i will never get to as i will keep trying,
But i'm always can be the stars who would never leave a moon.
My heart beat faster when i'm running,
But it would be the fastest when i'm with you,
 So long goodbye as i will never disturb you, 
As your spirit will remain forever in my life.

If i have been given a wish from a genie, in The Aladdin, my wish is to go back in time, before you know him, to meet you and pour a seed of love, as i will sow the seed with water, time and care as the seed will bare a beautiful flower ;)

Friday, 6 July 2012

Secangkir Teh Karamel

pernah merasa teh ini? perasaan tika menghirup air teh ini, boleh digambarkan dalam satu kisah.
saya meminati seorang gadis, gadis yg seperti saya gambarkan dalam Teman Sang Puteri. sebagai lelaki, senjata saya di mulut, dan bagi wanita, perisainya di hati. tidak mampu ku menembusi kubu hatinya tanpa usaha yg bertali arus. siang malam pagi petang sentiasa dalam bayang bayangnya. jujur katakan, sebelum ini ku hanya ambil masa yg singkat untuk menumpaskan sebuah kubu gerila wanita, paling lama pernah pun sebulan, namun, ku seolah olah tidak percaya, masa begitu pantas dan 4 bulan sudah berlalu, namun hatinya masih tidak mampu ku tawan. semakin lama semakin geram semakin bertambah perisa sayang kepadanya dalam ramuan hidupku, dan putus asa bukan caraku. untuk pengetahuan, gadis ini baru saja terputus hubungan dengan bekas kekasihnya, tahun yg sudah, namun, masih mampu bertentang mata memandangkan mereka dalam kelas yg sama. bukan berita yg baik sebenarnya buatku. serangan demi serangan, kami semakin rapat, dari seorang gadis yg pada awalnya sukar untuk menceritakan sesuatu, kini menjadi gadis yg riang ria ceria dihadapanku. gelak tawanya terngiang ngiang dalam fikiranku, senyuman yg dilemparkan pula bikin ku khayal di dalam lamunan yg tiada kesudahan. dia seolah olah dapat merasa kedatangan ku dalam kehidupannya, tahu akan niatku utk membuka pintu hatinya, namun dia masih kekal ayu, tetap malu. baru baru ni, dia hadapi krisis, bersama bekas kekasihnya, yg mencemburui diriku, dan melarang kami untuk bersua muka. namun kami yg juga tidak kenal erti halangan, tetap bertentang mata, bersua muka, gelak ketawa bersama sama. 
dan pada satu malam, bekas kekasihnya menelefon dia, masing masing tinggi suara, seolah olah dapat menghidu bahawa kami keluar bersama, tapi dia menafikannya, lalu putuskan talian yg tiada pengakhirannya. ditelefonnya sekali lagi, suara bekas kekasihnya sayu mendayu, diiringi tangisan yg membuatkan sang puteriku kembali mengimbau kenangan silamnya bersama mereka berdua. lewat malamnya, dia menceritakan, meluahkan perasaannya kepadaku, perasaan sedih bercampur baur dengan keadaan yg serba salah. menceritakan dia kepadaku bahawa dia masih tidak dapat lupakan, kenangan 3 tahun bersama bekas kekasihnya. mendengar segala rintihannya, ku merasakan diriku tersepit, diantara dua benua, adakah ku akan menghasutnya utk datang kepadaku? atau membimbingnya kembali kepada kekasih lama. ku pejamkan mata, lalu ku beri segala nasihat yg ada kepadanya, memberi semangat kepadanya, agar dia tabah, untuk menghadapi semua ini, dan.... menasihatnya kembali semula kepada bekas kekasihnya... gadis yg ku puja, yg tampil dalam bayangan sebelum tidur, yg muncul dalam fikiran tika ku bangkit subuh selama ni, ku seakan akan melepaskannya kembali kepada bekas kekasihnya... agak sukar untuk ku membuat keputusan ini seperti separuh nyawaku sudah ditarik pergi... namun untuk kebahagiannya, ku korbankan perasaanku, semata mata demi kebahagiaannya bersama bekas kekasihnya.... 
lalu diucapkan "terima kasih awak, awak banyak nasihat saya, walaupun saya tahu, secara tak langsung melukakan perasaan awak sendiri". saya diam seketika, mata mula berkaca, nafas tidak seperti sediakala, lalu ku menjawab "cinta tidak semestinya dimiliki, ku tidak akan menganggap krisis awak berdua sebagai satu peluang untuk saya merampas awak darinya, kerana itu bukan caraku, dan kebahagian yg lahir selepas ini dari awak berdua, memadai buat saya.....". 
ku menarik nafas panjang, perit, sakit, untuk melepaskannya, kembali kepada kekasihnya. ku seolah olah seorang pemancing ikan, memancing ikan layaran di lautan dalam, segala ombak kuredahi, keringat telah saling berganti, dan ku berjaya menumpaskan seekor ikan layaran, namun kuterpaksa, terpaksa melepaskannya kembali menari di lautan....
orang yg ku sayang selama ini, tidak kusangka, ku menolongnya kembali kepada kekasih lamanya.. hanya senyuman yg dibalas atas segala pengorbanan ku ini... aku.. aku.. termenung, kaku, tidak percaya atas apa yg berlaku. namun.... ku percaya Allah masih ada bersamaku, dan ku tahu ku akan dapat balasan atas apa yg telah aku lakukan,...


itulah sedikit coretan, tentang kisah hidupku, yg boleh dirumuskan tika menghirup teh karamel, kemanisan dirasai pada awalnya di hujung lidah, namun diakhiri dengan rasa yg agak pahit di penghujung tekak....

Teman Sang Puteri

pelangi petang, sinaran bulan, pancaran matahari, tidak mampu menandingi keindahan seorang gadis putih salju di hatiku ini. 
tanpanya, ku merasakan dunia ini seolah olah padang jarak padang terkukur, hidup bagai tiada tujuan, sehinggalah kehadirannya, umpama penawar segala racun dalam diri ini. 
senyumannya bisa menghidupkan bunga yg layu, kenyitan matanya cukup membuatkan siapa yg melihatnya terpukau di dalam dimensi yang lain. 
tidak lupa kepada suaranya yg lembut, bagai burung berbalas pantun dikala embun jatuh bumi. renungan matanya ibarat panah berapi yg tiada penghujungnya, membelah segala apa yg berada dihaluannya.
sesungguhnya dikau permata dunia, wahai Teman Sang Puteri


:)