Monday, 9 July 2012

Antara Naif dan Dongeng

di sini, ku ingin meneruskan menyambung semula coretan tentang kisah hidupku, sedutan dari kisah Secangkir Teh Karamel...
hari berganti hari, saling bertukar isi hati, antara aku dan teman sang puteri. lalu terdetik di hatinya, untuk menulis sedikit coretan, untuk tatapan daku, dan berkata, bahawa ini hanya nukilannya semata mata, tiada kena mengena sama ada yg hidup mahupun mati, tiada nama penerima, tiada khusus untuk sesiapa, hanya nukilan kosong. lalu nukilannya berkata...

kehadapan pemilik tulang rusuk kiriku,
apa khabar imanmu?
ku mengharap imanmu memenuhi ruang pelusuk hatimu sebelum kau menghadirkan aku di situ,
wahai bakal imamku,
sudilah aku menjadi makmummu, meneguhkan lagi tiang agamakau dan aku,
semoga kau mampu menjadi nakhoda melayari bahtera cinta kita membawa ke syurga,
wahai pemilik zahir dan batinku,
ku berharap menjadi pendamping mu yg solehah agar di syurga kelak, cukup aku yg menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yg soleh,
ku berharap tanganmu mampu menyambutku tatkala ku terjatuh, tatkala ku rapuh,
wahai bapa kepada anak anakku, 
jika kelak telah lahir generasi penerus dari cinta kita, bantu aku bersama untuk mendidik dengan harta yg halal, ilmu yg bermanfaat dan akhlak yg mulia,
ku nantikan saat ijab terlafaz dari bibirmu dengan melengkapkan diriku supaya suatu masa, bila kita bersatu, kau bangga memilikiku sebagai yg halal buatmu...
setia menunggu....


ku terpaku terkedu terkelu lidah menghayati setiap patah yg dilafazkannya, alangkah indah, jika ditujukan nukilan ini padaku, namun, ku tahu, ini adalah antara naif dan dongeng, sememangnya ku tidak layak menerima dia yg merupakan bidadari dunia....

No comments:

Post a Comment