M NASIR
nama yg gah mencerminkan dirinya di persada dunia, seorang penyanyi, penerbit muzik, pencipta lagu dan lirik, penulis skrip dan lakon layar, dan pelukis. beliau diakui sebagai salah seorang permata tanah air, nukilannya sentiasa menggemparkan, memberi kejutan demi kejutan. sentiasa menjadi idola, disematkan kisahnya di jiwa sekalian manusia. dan, ku tertarik pada satu hasilnya ini, cuba anda hayatinya...
*sila pausekan dahulu muzik latar page ini dibawah utk mendengar lagu ini
syahdu? tersentuh? atau tiada perasaan? terpulang pada cara anda mendengar dan menghayatinya, sama ada ia memberikan impak kepada fikiran anda, atau, pada hati anda yg suci itu. ramai yg meluahkan perasaannya, menceritakan kisah cintanya, melalui lagu, kerana lagu itu merupakan utusan, utusan yg berirama. bagi siapa yg mengikuti kisahku dari terbitnya penulisanku ini, nescaya mereka faham, kenapa dengan lagu ini? mengapa lagu ini menjadi pilihan? apa kisah disebalik lagu ini?
kenapa dengan lagu ini? lagu ini menyentuh jiwa dan ragaku, semakin ku dengarkan, semakin ku hayatikannya, semakin ia menusuk nusuk kalbuku, lagu ini bagaikan, semalu yg sentiasa bergerak balas terhadap ransangan, pantang disentuh, pasti tersentuh.
mengapa lagu ini menjadi pilihan? liriknya saling tak tumpah selari dengan apa yg ku lalui kini. dari lah awal, hingga ke akhirnya, semanis kurma sepahit hempedu, nukilan sang pencinta ini sememangnya satu karya yg tersohor.
apa kisah di sebalik lagu ini? menceritakan seorang jejaka, yg mengimpikan seorang permata, namun ternyata payah untuk melafazkannya. hanya mampu menyimpan perasaannya, berhenti di separuh jalan, hilang pertimbangan. namunnn, betapa cintanya pada sang permata, api cinta mula membakar dirinya, menarik semula apa yg telah ditolaknya, menyambung semula apa yg telah dimulakannya. dan percaya, suatu masa, separuh jiwanya akan datang kembali kepadanya, pabila dua mereka bersatu, tiada apa mampu memisahkannya.
mungkin bukan sekarang, mungkin bukan dalam masa terdekat, tapi pasti SUATU MASA, akan menjadi kenyataan...
No comments:
Post a Comment