Friday, 28 September 2012

Only You

just want you to know that...
square has four ends,
triangle has three ends,
a line has two ends, 
our life has only one end,
but my love to you would never end . . .

Tuesday, 18 September 2012

Ruang RIndu

haku,
terdetik kenangan lalu,
antara kau dan aku,
dimana segalanya berlagu,
tidak kira tempat dan waktu,
haku
rindu kau yg dahulu,
tidak pernah lekang menemaniku,
sentiasa berada disisiku,
oh sangat indah saat itu,
kini ku,
dapati semuanya berlalu,
setelah kedatangan bekas kekasihmu,
lenyap segala dalam bayu, 
yg tinggal hanya pilu...


Sunday, 16 September 2012

Midnight

i ask the rain in the night,
why is it is so hard for you,
to realize that i can love you more?
i've done so much i could,
so feel me please oh no you would,

behind the curtain of lights,
i clutch your hands between mine,
just feel my warmth and promise you'll be fine,
come run with me through the night,
so dont you look back anymore,

stay with me in my arms, 
i'll wipe down your tears, 
close your eyes and hold me tight,
i'll cast away your fears..

Friday, 31 August 2012

31 Ogos

tarikh kemerdekaan negara kita, negara Malaysia. ada kisah yg akan ku sentiasa favouritekan moments yg terhasil pada harini. semenjak dua menjak ni, ku banyak habiskan masa bersamanya. apa yg ku ingin katakan kali ni bahawasanya aku amat gembira harini! boleh tak kalau apa yg berlaku harini, berulang semula pada esok hari dan hari hari seterusnya? hmmm. hanya ucapan terima kasih yg mampu ku beri padanya, kerna memberi ku peluang utk bersama dengannya dan yg lain lain pada harini. kalau ada perkataan yg lebih baik dari gembira, akan ku gunakan perkataan tu untuk menggambarkan suasana harini.
namun langit tidak selalu biru, laut tidak selalunya tenang, segala pelangi yg mewarnai harini kian samar samar, semakin lama semakin jauh, bila tibanya di penghujung hari. sebelum berpisah, ku cuba elakkan bertentang mata bersamanya, ku cuba kurangkan berbalas suara dengannya. dalam kereta, ku hanya mampu diam sambil penglihatanku merenung jauh ke hadapan umpama tiada penghujung. tidak mampu ku toleh padanya tika dia keluar dari kereta, tidak mampu ku lambai padanya, kerna apa, kerna ku tidak mahu dia lihat keadaan ku pada waktu itu, dari awal lagi, mataku mula berkaca, fikiran bercelaru memikirkan perkara yg belum tentu lagi wujudnya di masa akan datang. adakah dia masih ingat lagi akan diriku pabila pulang semula ke tanah air nanti?


jika kau membaca ini, padamu ku sampaikan terima kasih, jika kau membaca ini, padamu rinduku ini dituju, dan jika kau membaca ini, padamu hatiku ini dipindah milik...

Thursday, 23 August 2012

My Other Half

sekali lagi, tiada peneman jiwa pada sambutan raya kali ini, hanya mampu bergambar, ditemani tumbuhan yg menghiasi halaman teratakku. dan tidak mustahil berterusan sehingga tarikh ulang tahun ku? mahupun raya akan datang? pedulikan. di sini ingin mengatakan, bahawa warkah yg ku tulis selama ni, bagai melepas batuk di tangga. kenapa? kerana ku tak mampu untuk hidup tanpanya, ku seperti bangkai bernyawa, jasadku masih jejak di bumi namun roh ku berlegar legar di ruang angkasa mencari segala berita tentangnya. dan ku telah berhubung dengannya semula. pada awalnya, walaupun, tidak bertentang mata, ku tahu dia marah kepadaku, mungkin. akan tetapi, lama kelamaan, ku merasakan, mimpi itu realiti, kerna ku merasakan, kami kembali rapat. aku seolah olah bingung, adakah mimpi ini realiti, atau ini sekadar mimpi, namun ku tahu ku masih hidup dalam dunia yg nyata, mungkin hanya mainan perasaanku.
aku pendek, kau tinggi
aku gelap, kau cerah
aku malas, kau rajin
aku tembam, kau kurus
akan tetapi
mungkin
ada satu persamaan
aku ada separuh hati 
separuh lagi kau simpan 


tak kira apa pun perasaannya terhadapku, ku ta mampu menipu diri sendiri bahawa aku tidak mampu hidup tanpa dia..



Nostalgia

Salam Aidilfitri. tahun ni, ku beraya ala kadar sahaja, tidak seperti raya yg sudah, memandangkan kehilangan arwah masih segar lagi di minda. terasa sangat ketiadaannya, tiada lagi akan kedengaran bunyi bersin di subuh hari. tiada lagi kedengaran suruhan suruhannya di pagi raya, tiada.. hanya bunyi burung sahaja yg memecah keheningan pagi. tanpa ketua keluarga, upacara bermaaf maafan umpama tak sempurna. tanpa beliau, makan umpama tiada selera. pilu mula menyelubungi diri, pabila di pusara. sesungguhnya segala amal dan doa dari anak anak yg soleh serta solehah sahaja yg membantunya, moga ku dikalangan anak anak yg soleh, amin...


Al-Fatihah